Andai itu takdirnya.. terimalah seadanya... Sudah tentu terselit hikmah disebalik musibah yang menimpa.. Sedangkan bunga mawar yang mekar kemerahan, sungguh cantik.... Namun durinya mampu mencalit luka... Itulah lumrah..setiap yang indah tak mampu untuk ku raih dengan mudah namun harus ku redah onar dan duri, setinggi tinggi gunung perlu ku daki dan sedalam lurah yang perlu dituruni. Namun aku idak pasrah dengan ketentuan Mu..
Kadangkala kita sering lupa bahawa kita hanyalah hamba di bumi tuhan.Tidak layak kita membantah takdirnya. Namun kadang kala ku tersungkur jua. Jiwa membentak ganas dan hati meronta dahagakan penjelasan."Mengapa aku diuji sebegini, apa salahku?" Jika benar terlintas..teruslah kembali kepada fitrah. Kita hanyalah seorang hamba tumpangan yang singgah sebentar menyemai amal untuk hari yang dijanjikan tuhan.
Hakikat cinta yang aku lalui.. Penuh duri dan ranjau.. Dia lah insan teristimewa kurnian Ilahi.. Ku bina ikatan atas izin mu Ya Allah.. persis membina sebuah mahligai terindah, tapaknya perlu kukuh atas landasan kecintaan, dilengkapi batu bata kepercayaan dan diperteguh tiang kasih sayang. Ianya tampak cantik dihiasi rona bebunga di taman, saat mentari pagi menyimbah cerlang sinarnya. Si tiung singgah mengalun, berkicauan lagu cinta, saksi romantisnya jiwa. Namun, membinanya bukanlah semudah menyaksikannya, nampak kirana di mata tetapi memerlukan kudrat dan keringat dalam memacunya.
Ku akur dengan realiti kehidupan.. Aku percaya.. PinjamanNya hanyalah semetara.. Hadirmu.. membuka lembaran baru.. memberi satu nafas dan harapan.. Langkah ku atur.. menyemai kasih. menabur cinta... Tidak pernah aku terlintas untuk mengambil kesempatan.. bertandang tanpa diundang.. Ia hadir tanpa dipaksa.. kau penuhi ruang hati yang terpaut..
Bila jiwa dah raga mula bersatu.. Tiada apa lagi yang sangsi.. Cinta aku hanya untuk Kamu.. Ia membawa aku ke segenap ruang.. Memenuhi ruang ruang kosong..menepati fitrah manusia... Harapan yang menguatkan lagi rasa cinta.. Menjanjikan satu impian yang pasti.. Namun.. ia nya tak semudah yang dipertutur kan.. Dia bukan milik aku seorang.. PinjamanNya juga hanya sementara.. Untuk mengajar ku erti kehidupan sebenar.. dalam mencari cahaya Ilahi..
Tak pernah aku terdetik rasa kesal.. atas apa yang terjadi.. Malah aku bersyukur kerana mengenali insan sepertimu mu.. yang mengenalkan aku erti cinta sejati.. Aku tidak mampu meraih cinta mu.. Kerna aku terjaga dan tersedar.. realitinya disitu...masih ada insan yang lebih memerlukan dan berhak ke atas mu...aku terima atas apa yang terjadi.. tidak pernah terlintas untuk salah kan takdir.. kerana aku tahu.. itu semua kehendak Mu...
Namun, sampai saat ini aku tidak pernah berhenti berharap.. walau aku tahu.. Harapan itu kadang kala bisa menjadi angan angan tidur ku..Mimpi yang insah..sehingga aku leka dalam lenaku.. hari berganti purnama.. Masihkan kah ada sinaran sang mentari.. yang bisa menerangi hati ini... Betapa aku rindu.. hampir setiap malam aku dihujani air mata..
Hampir waktu berlalu..Jelmaanmu merentas bongkah sendu, mengorbankan naluri.. merungkai pilu.. Aku bagaikan tersedar dari lamunan yang panjang.. Diulik bait bait cinta.. Ternyata.. harapan itu bukan sekadar perhiasan.. Aku memohon agar diberi kebahagiaan.. dan dipermudahkan segala perjalananku..
Namun..apa yang pasti aku juga tidak bisa meneka ketentuanMu ya Allah... Tunjuk kan la aku jalan yang diredhai.. Sungguh aku benar mencintainya.. kerana Mu Ya Allah...
No comments:
Post a Comment